el loco
Friday, November 19, 2010
sinidiran atau kebetulan?
Thursday, November 18, 2010
my samurai

alhamdulillah.. sempena kehadiran aidil adha tahun ini akhirnya aku berjaya mendownload sepenuhnya citer kartun jepang kegemaran aku.. RUROUNI KENSHIN. Hehe.. kartun je rupenye yek.
menunggu siap download sepenuhnya memang mencabar jiwa. maklum saje start download 31 Julai 2010. memakan masa beberapa purnama lamanya. saiznya pulak 22GB. Kalau pc zaman2 dulu, ntah berapa bijik nak muat 22GB tu.
bangun tido raya kedua pagi tadi, tengok2 dah 100%. happy betul. waktu tepat mencapai 100% tak diketahui, tapi dipercayai tentunya masa tengah tido dibuai hujan tengkujuh malam tadi.
syukur kepada Tuhan, dan terima kasih utorrent untuk hiburan 95 episod ini.
Friday, November 6, 2009
the final, finally!

Sejarah:
Pada penghujung 1993, hashim mustapha gagal membawa kelantan ke final piala malaysia setelah kalah semi final 2-3 di darul aman dan 0-1 di kota bharu. masih ingat lagi, kelantan leading 2-1 di darul aman sebelum robert albert memasukkan super sub s. thanasegar, untuk pemain belasan tahun dari estet itu menjaringkan 2 gol di saat-saat akhir..
di kota bharu, kelantan kalah 0-1 dalam satu-satunya perlawanan liga malaysia yang aku ingat penontonnya menceroboh padang cuba menyerang pengadil ketika perlawanan berlangsung. insiden lain dimana pengadil diserang, seingat aku, bukan oleh penonton tetapi oleh halim napi, dlm satu game di paroi, maybe dlm 1997.
Kelantan XI (Kamaruzzaman, Salim Mahmood, Zahasmi Ismail, Dimitre Kalkanov, S,Selvarajoo, Zami Md Noor, Zaidi Napiah, Marco Kraljevic, Tuan Kamree, Maichael Roki, Hashim Mustapha)
taun 2001 lepas tu ada sekali kelantan masuk semi final, tapi masa tu aku dah hilang nafsu pd bolasepak lokal, tak berapa ingat.
malam esok, menang sorak sudah tentu.
on the eve of musim tengkujuh ini, aku berdoa supaya kelantan tak menang sorak je, supaya takde trak polis terbakar, dan.. supaya halim napi tak buat hal
Wednesday, November 4, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)